Saturday, October 11, 2008

KASIH SAYANG

Pada suatu hari,sepasang suami isteri yang sudah lanjut usianya mengunjungi pejabat pusat bagi mengingati kembali kenangan suka duka semasa mereka aktif bekerja dahulu.Kesempatan bernostalgia ini dimanfaatkan oleh mereka dengan menikmati sup ekor yang terkenal di kantin ,yang terletak dalam pejabat pusat berkenaan.Kebetulan pada masa itu juga masa makan tengah hari,jadi ramailah pegawai-pegawai yang makan di kantin itu.

Suami isteri ini mula berbaris bagi memesan sup ekor mereka.Mereka memesan satu mangkuk sup ekor mereka,sepinggan nasi dan dua gelas teh ais serta satu piring dan mangkuk kosong.Semua yang memerhatikan gelagat pasangan suami isteri ini berasa hairan.Mengapa mereka hanya membeli satu pesanan sup dan nasi sahaja?Si suami mula membahagikan nasi dan sup ekor kepada dua bahagian.Satu bahagian untuk dirinya dan satu lagi kepda isterinya.Kemudian mereka pun makan.Namun,yang makan hanyalah si suami,manakala si isteri hanya tersenyum menunggu dan melihat suaminya menjamu selera.

Seorang pekerja tiba-tiba berdiri dan bertanya dan berjalan menuju ke meja mereka.Dengan rasa sedih,pekerja itu mempelawa mahu membelanja pasangan berkenaan semangkuk sup ekor lagi.Dia terharu melihat pasangan suami isteri yang difikirkannya hanya mampu membeli satu hidang sup ekor dan nasi sahaja,sedangkan dia sendiri hidup dalam keadaan yang cukup.Namun,pelawaan itu ditolak dengan lembut dengan menggunakan bahasa isyarat,sambil keduanya tersenyum mesra.

Si suami kembali menyambung menikmati makananya,sementara isterinya hanya memandang
sambil tersenyum sehinggalah sup ekornya sendiri menjadi sejuk.Selepas beberapa lama,pekerja tadi datang semula ke meja pasangan berkenaan,kerana gelisah melihat gelagat mereka berdua.Si isteri masih lagi tidak makan,hanya menunggu suaminya menghabiskan makanan.Betapa besarnya cinta isteri kepada suami sehingga rela berkorban menunggu suami selesai makan.

Pekerja tadi sudah tidak dapat tahan lagi menahan rasa hairannya,lalu bertanya,"Makcik,saya tengok dari tadi,makcik tidak makan tetapi hanya menunggu dan melihat pakcik makan.Boleh saya tahu,mengapa makcik tidak makan dan apa yang makcik tunngu?"Dengan tersenyum,si isteri menjawab,"makcik tunggu gigi palsu,yang sedang dipakai oleh pakcik itu!''